Cinderella Story
Le' Princessaa
have a blast !


i'm Mummy's little Snow White since 26th April 1995 and forever Daddy's little Cinderella ♥






Get a Glitter Calendar Click Here


Keep Calm and LILI






Older Posts | Newer Posts




Tagboard
Footprints here!

Just let me know your PRESENCE . so that i can VISIT yours ! NO harshword is ALLOWED Cheerioo



History
past stories . . . .


Dora The Explorer
Tingkat 8 vs Tingkat 5
Hari Melihat Dunia - Day Out part 1
Hari Malas Sedunia
Live without Mak
Why People Smoking ?
Say Hi to Uitm Puncak Alam
All I want for BIRTHDAY . . . . .
Road To Success
PENGANGGUR TERHORMAT


Advertisement
click below ▽ gracias !





backlink


FruitHearts
them them . i ♥ them












Bakat Terpendam

Tepat 2.30 petang tadi aku terjaga dari lena yg panjang . lalu aku mencapai BabyBerry dan terus tweet Selamat Pagi . kemudian aku bangkit dari katil . selepas membuat regangan senaman pagi untuk beberapa ketika , lalu aku ke dapur untuk mengambil breakfast . ketika itu Mak berada di dapur untuk membuat last touch up pada menu lunch kami . dan aku , masih dengan muka baru bangkit tido , cuba mencari sesuatu untuk breakfast . namun , Mak lebih pantas mengatakan “tak mandi , takboleh makan” . ehh wait , dah kenapa weyy ayat aku ? kemain lagi macam nak buat karangan darjah satu bertajuk Aku Sebatang Pensil .

Okay ,berbalik kepada statement Mak yang berbunyi “tak mandi , takboleh makan” , and i just feel like whahahahahahahattt ? apa Mak nie , orang lapar kod *hentak meja* . tapi nie semua hanya imaginasi dalam otak aku je . realitinya , aku mencebikkan bibir dan menghayunkan gerak kaki ku dan menuju ke bilik . just imagine , muka baru bangun pagi , rambut macam singa baru lepas wrestling , dengan keadaan perut yg sedang main drum lagu Linkin Park , pulak tak dapat makan sebab belum shower , seriously sumpah buruk habis muka aku kalah dalam The Conjuring yg part mak dia kena rasuk tu .

So dengan perasaan acah acah merajuk dan mengharapkan Mak datang ke bilik aku and bawak susu Nestle full cream peberet aku , aku punya baik landing atas katil aku yg baru tukar bedsheet semalam . a new green floral bedsheet from Mensa Collection , eventho it’s not pink but i used to like it ! okay berbalik kepada cerita asal , aku pun terus bukak laptop , click Google Chrome , Twitter , new tab Facebook , new tab blog aku . senanya aku pun tak berapa paham asal aku bukak blog aku sendiri . i mean , ada ke orang blogwalking kat blog sendiri ? okay , lawak hambar confirm kena reject dari Maharaja Lawak .

Jadi , supaya tak kelihatan awkward sangat aku pun berblogwalking kat blog orang lain . dari satu blog ke satu blog aku terjah sampai lupa kat perut aku yg tengah starving tahap tak makan 8 hari 8 malam . tetiba aku sampai lah kat satu blog nie . aku pun baca jelah entry entry dia . ohya , owner blog tu bukan setakat letak entry entry merepek macam aku nie , dia ada buat entry resepi masakan . bukan ahh resepi masakan legend yang rare macam kari kepala ikan or gulai ayam hutan . dia punya resepi semua comel comel . maksud aku , resepi desert such as pudding , kek , ice cream pun ada tauuuu .

then mata aku terlintas kat resepi murtabak maggi . apa yg menarik kat situ ialah perkataan maggi . semua warga bumi tahu aku tak pernah berbakat dalam bidang masakan nie . kalau nampak aku jejak kaki kat dapur , tolong Mak potong bawang or goreng ikan tu kira dah boleh dah buat kenduri kesyukuran lah . tapi kalau suruh aku masak maggi memang pro ahh waa cakap . cenggini haaa *thumb up* . so this is the reason why aku tertarik dengan murtabak maggi tu . tertarik untuk apa ? tertarik untuk masak ahh weyy . tak caya ? lek luuu , kau baca benda nie sampai habis dulu .

then aku pun mula mengorak langkah ke dapur , cari bahan bahan untuk buat benda alah tu . kebetulan pulak dia punya ingredient tu simple je yg aku rasa memang ada lah kod dalam rumah aku nie . dalam resepi tu dia guna udang , tapi aku rasa tak salah kalau aku guna ayam kod . aku malas nak guna udang sebab aku tak jumpa udang dalam peti . supermarket takde lah jaug sgt dari rumah aku . kalau setakat Samamaju tu ada ahh tak sampai 1 km pun dari ruamh aku . tapi nak pegi tu yg malas . so aku guna jelah apa yg ada . aku pun mula potong ayam bentuk dadu (istilah nie Mak yg bagitahu tadi) . lepas tu aku tengok balik resepi dia cakap tumis ayam tu dgn cili api . serious aku cakap time tu aku taktahu cemana kaedah tumis tu . nak tanya Mak tu mmg tak ahh , alaaa kann aku tengah merajuk tadi . so masa nie ego aku tengah setinggi klcc lah .

nasib baiklah blogger tu buat resepi sekali dengan letak gambar , so takde lah aku terkial kial sangat nak masak . for those sape yg taktahu makna tumis tu (macam aku mula mula tadi) sini nak bagitahu . tumis tu macam goreng lah . tapi bukan guna minyak banyak macam kau nak goreng ayam kepsi tu . minyak dia ciput je guna . blogger tu suruh guna butter . tapi since aku taktahu mana mak letak butter , so aku pun guna jelah minyak sebab aku rasa butter kalau cair nampak macam minyak je . so aku pun letak minyak dalam kuali . pastu agak agak minyak tu dah panas , aku pun letak lah ayam plus cili api tu dalam kuali . cemana nak agak agak minyak tu panas ? takkan nak celup jari kod ? hahhh kau pepandai lah guna otak sikit . nampak kuali tu dah berasap , dah panas lettuw tanda dia . the moment bila ayam ayam tu mencecah minyak , lalu letupan letupan kecil berlaku dalam kuali tu , aku rasa macam nyawa aku terancam gila . rasa macam aku tengah berdepan dengan gunung berapi yg tengah memuntahkan lava dia . and aku cumalah manusia kecil yg cuba mencari tempat untuk berlindung dan menyelamatkan diri dari lava tersebut . perghhhh tak leh blah , drama sangat . jadi , berbantukan senduk dan penutup periuk , aku membalik balik kan ayam ayam tu . agak agak dah ada kaler kuning kuning sikit tu , aku pun angkat then letak dalam pinggan . serious , part nie aku rasa paling mencabar fizikal dan mental ahh . fuhhh , lega dah lepas .

then , aku pun bukak cabinet amik dua bungkus maggi and rebus maggi tu . tapi tak rebus dengan perencah dia tau . rebus maggi tu je . sambil tunggu maggi tu kembang , aku cari telur and cheese . dalam resepi tu ada tulis keju Cheddar and Mozarella . tapi aku jumpa dalam peti aku nie keju Parmesan . makan masa jugak lah sambil aku fikir amende perbezaan keju keju nie senanya ? masa aku main Cooking Academy tu mmg aku jumpa banyak nama cheese nie . tapi tak pernah terfikirpulak function dia lain lain . memandangkan aku bukan lah seorang tukang masak yg terlampau pro , so aku pun guna jelah Parmesan Cheese yg aku jumpa dalam fridge tu . lagi satu masalah , cheese yg dalam gambar resepi tu ketul ketul . yg aku jumpa nie macam serbuk gitu , so aku pun terfikir lagi . benda nie akan bagi effect yg berlainan ke ? that moment aku rasa tabik spring gila kat orang orang yg pandai masak nie . disebabkan aku malas nak fikir panjang , aku gaul je sekali Parmesan cheese serbuk dengan ingredient lain . then goring . touch up sikit sikit , and then nie lah hasilnya . tadaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa



aku taktahu amenda function aku letak limau nipis and lada hijau tu . tapi yg penting aku berjaya carry out resepi nie dengan jayanya . We did it ! *gaya Dora*

ohhya , untuk full resepi and other resepi comel aka dessert korang boleh lah visit sini . terima kasih besar bumi Cik Epal ! now aku tahu aku ada jugak bakat terpendam dalam bidang masakan nie . mwhehehehehehehehe *bunyi angry bird*

jadi , pada petang yg hening sambil angin bertiup sepoi sepoi bahasa aku , Mak and Ira makan murtabak maggi yg dibuat oleh Chef Lili . tepuk sikitttttt

p/s : lepas nie dah boleh register Masterchef Selebriti pulak .

Blogger Teena Tna said...

Sooo nyummy

 

Post a Comment