Cinderella Story
Le' Princessaa
have a blast !


i'm Mummy's little Snow White since 26th April 1995 and forever Daddy's little Cinderella ♥






Get a Glitter Calendar Click Here


Keep Calm and LILI






Older Posts | Newer Posts




Tagboard
Footprints here!

Just let me know your PRESENCE . so that i can VISIT yours ! NO harshword is ALLOWED Cheerioo



History
past stories . . . .


Hari Melihat Dunia - Day Out part 1
Hari Malas Sedunia
Live without Mak
Why People Smoking ?
Say Hi to Uitm Puncak Alam
All I want for BIRTHDAY . . . . .
Road To Success
PENGANGGUR TERHORMAT
aktiviti masa lapang
Ramadhan & Syawal time dulu-dulu


Advertisement
click below ▽ gracias !





backlink


FruitHearts
them them . i ♥ them












Tingkat 8 vs Tingkat 5



Hari nie (semalam) serious penat tahap bangunan klcc . aku pun tak tahu amenda yang aku buat sampai penat tahap melampau lampau . hari selasa memang jadual agak pack . nak pulak besok (hari nie) i’ve been sitting for Test 2 for Chemistry and Biology . so memang terkejar kejar lah kann dengan assignment lagi , nak buat revion lagi , tutorial semua tu , attend lecture bagai . so maybe sebab tu hari nie aku rasa aku pun dah jadi apart of keluarga zombie . jalan terhuyung hayang . tinggal beza dia aku tak sebut ‘otakkkk’ je . kalau tak dah memang sama species dah tu .

Let’s begin with aku bangun pepagi buta sebab kelas aku hari nie seawal 8.30 pagi . dengan redha dah pasrahnya aku berlari lari itik meninggalkan katil tercinta . wait , mana aku belajar ayat bunga bunga sunflower bagai nie ? *mini heart attack*

Pagi pagi ada lecture Physics dan aku dengan bahagianya acah acah terlelap padahal memang dah aim awal awal lagi aku nak tido . gila mengantuk , rasa macam ada kayu balak tersangkut kat mata aku nie haa . tapi tido dalam lecture hall kau pepaham jelah . kalau setakat lecture dok usha dengan renungan penuh bermakna tu tahan lagi . buat ke dia mention kau sebab tido dalam kelas dia , tak ke pemes kau jakgi . retiss gituuu . kalah Miley Cyrus . tak memasal trending kat twitter kes muka tido dalam lecture hall . k over sangatkan sampai trending trending bagai . emosi kauuu .

Nak dijadikan cerita hari nie kelas sampai 7.30 petang . ehh tak , 7.30 malam . ehh tak , maghrib . 7.30 maghrib ? ahh pape jelahh , yang penting 7.30 . nampak tak betapa dasyat kepenatan aku kat situ ? k over lagi . tapi nasib baik lah lecture baik hati dan sangat bertimbang rasa , dia release kitorang pukul 7 . so takde lah maghrib maghrib kitorang beratur panjat tangga kejayaan tu nak balik kolej kann .

Sesampai je kat puncak tangga , aku tak fikir dua tiga kali dah . memang tak sempat fikir pun , terus heading to cafe . lapar siaaa . bayangkan lah hari nie macam terkejar kejar sikit sampai tak sempat fikir pasal perut . so aku pun terus pegy cafe , beli apa yang patut . ouhh yeaa aku dengan Nabila . yang si Nabila nie dia order masakan panas , so lambat lah sikit . sempat lah jugak aku beristirahat kat kerusi cafe tu .

Bila makanan dah siap semua , cecepat aku ngan Nabila balik bilik . kebetulan kitorang satu bangunan . tingkat pun sama . rumah je lain lain lain . masa tunggu lif , aku rasa macam kaki aku , tangan aku , semua ahh anggota badan aku nie macam nak tercabut je . lenguh yang tak terkira . fuyooo ayat lagi .

Bila lif terbukak je , kitorang dua pun terjah masuk , tekan button tingkat 8 dan lif tertutup . yang si Nabila nie pulak dia rasa kaki dia macam nak cramp . so sempat lagi dalam lif tu kitorang berborak pasal cramp . pengalaman cramp , factor cramp . then bila pintu lif terbukak , kitorang dengan gelojohnya keluar lif . macam biasa , aku belok kanan sebab rumah aku belah kanan and Nabila belok kiri sebab rumah dia belah kiri .

Tanpa membuang masa sampai depan pintu terus aku terjah masuk . but tetiba , k ayat sangat saspen kann ? okay sambung . tetiba . . ehh wait , consequence cerita lepas nie berlaku dalam masa yg singkat je tauu . korang imagine lah sendiri .

aku nampak position rak kasut rumah aku dah bertukar tempat . aku pun macam “ouhh pekena lah housemate aku nie ubah cita rasa ke pe tukar position rak kasut” . then aku tengok ampaian . dekat hall rumah aku mmg ada ampaian baju yang housemate aku punya . but ampaian nie lain dari yang housemate aku punya tu . aku dah rasa lain dah . pastu aku cam yang bau rumah nie lain dengan bau rumah aku . kat sini aku cuma nak bagitahu yang deria bau aku masih berfungsi dengan cemerlang , gemilang dan terbilang . k .

then aku pun reverse belakang sikit , tengok kat pintu . setiap pintu rumah akan ada satu board yg tertera nama penghuni rumah . lepas tu aku pelik . then aku pun tengok label nombor rumah . k sekarang korang dah boleh agak tak apa sebenarnya yang terjadi ?

ya , aku salah rumah . SALAH RUMAH weyyyy . rumah aku 6807 tapi tak memasal sesat 6507 . bapak ahh . then aku pun patah balik pegi kat lif . that moment , Nabila pun patah balik jugak , so aku gelak then dia gelak then kitorang gelak . gila kau tak lawak . kalau kau ada masa nie , kau pun akan gelak sama sampai putus urat gelak kau .

rupanya tadi lif tu berhenti kat tingkat 5 . kitorang yang gelojoh sangat nak sampai bilik nie main terjah je , haa kann dah dapat . nasib baik rumah yang aku silap masuk tu takde orang time aku bukak pintu . kalau tak mungkin pemes satu kampus kes kitorang silap rumah . silap silap mungkin masuk Buletin Utama . k .



Post a Comment