Cinderella Story
Le' Princessaa
have a blast !


i'm Mummy's little Snow White since 26th April 1995 and forever Daddy's little Cinderella ♥






Get a Glitter Calendar Click Here


Keep Calm and LILI






Older Posts | Newer Posts




Tagboard
Footprints here!

Just let me know your PRESENCE . so that i can VISIT yours ! NO harshword is ALLOWED Cheerioo



History
past stories . . . .


All I want for BIRTHDAY . . . . .
Road To Success
PENGANGGUR TERHORMAT
aktiviti masa lapang
Ramadhan & Syawal time dulu-dulu
Student's Life
a letter to Encik M
Radio Rebel ᵔᴥᵔ
♔ sahabat selamanya ♔
the one and only


Advertisement
click below ▽ gracias !





backlink


FruitHearts
them them . i ♥ them












Say Hi to Uitm Puncak Alam


2  june 2013 – Day 1

12:30 PM . . .

“kakak  mandi ke kakak pasang paip air ? cepat lah sikit , kang terlewat kang”

Hahh macam tu lah lebih kurang Mak bebelkan aku . tahu pasal apa ? konon lah kann takut lambat nak register jakgi . aku rasa maybe dia nervous kod . yelah , aku kann anak sulung . so aku anak pertama yang akan berjauhan dengan dia . i mean , a very jauh . k taktahu lah nie MangLish atau EngLay .

“ala relax ahh Mak . kecoh je nak pegy awal-awal . register pukul 2 kod . lagipun 15 minit je nak sampai . relax ahh” *menjawab dalam hati* apa ? kau ingat aku berani sangat ke nak cakap macam nie depan Mak ? mau makan penampo Perancis dia . kang tak pepasal berterabur gigi .

Tahu kenapa aku relax sangat nie ? sebabnya masa nie kitorang tido kat rumah Uncle Lan kat Meru yang tak jauh sangat pun dari kampus tu . aku pun bajet bajet memang takde ahh istilah jammed tengah jalan . so aku pun waklek watcool jelah .

Then . . .
Dekat 1:30 jugak lah aku keluar rumah . yang si Aina nie dah berapa kali call suruh aku cepat sebabnya dia dah sampai awal awal lagi kat kampus . and aku , still dalam keadaan relax aku .

Tak lama tu , sampailah kat simpang nak masuk kampus . aku punya terkejut monyetnya sampai aku tak habis habis berdoa mintak hilangkan semua kereta depan mata aku . yeahh you know , kat simpang pun dah jammed kod ! aku dah cuak nie . kangg lambat pulak register . pastu tak lama tu Aina pulak call . dia cakap if aku dapat kertas warna pink yg akak Fasi kasi , lepas tu dia suruh aku direct pegy R3 . i mean , kolej Reflesia 3 . aku pun okay jelah .

Tapi masalahnya sekarang , tak sangka ahh pulak dari gate nak sampai kat kolej kediaman tu dia punya jalan bapak jauh . plus plus plus , k nie yang aku tak tahan nie . jammed gila siot ! sardin dalam tin punn aku rasa tak dapat rasa macam perasaan aku sekarang nie . blerghh , aku memang cuak tak terkata ahh . memang takboleh duduk diam . tahu kenapa ? sebabnya Aina cakap aku aku lambat , memang tak dapat ahh nak satu bilik . you know , aku memang nak satu bilik ngan Aina je . taknak ngan orang lain !
Malang tidak berbau , cehh kemain aku acah acah nak mengarang koleksi cerita kanak kanak . k . cerita dia , aku sampai lambat kat kolej kediaman , and aku kena mendaftar kat R5 bukan R3 . so nampak tak kat situ ? Aku and Aina takde rezeki nak sebilik . tskk tskkkk *lap hingus*

Nak daftar tu sekian hal pulak . kena beratur . barisan dia panjang kemain . bayangkan lahh , dengan berbaju kurung , sambil pegang fail yang full dengan document semua tu , plus lagi berdiri di bawah terik panas cahaya matahari . that moment aku rasa macam aku tengah buat photoshoot kat Gurun Sahara pulak . panas dia tu takyah nak sembang ahh tanya tahap berapa . pasal berpeluh tu takyah cakap ahh , memang berpeluh habis .

And finally sampai ke meja pendaftaran . kau tahu apa je dia buat kat situ ? check surat tawaran , bagi kunci rumah , bilik and locker , then bagi borang yg aku kena fill in . tu je pun ! lahai , beratur kemain lama . penat dohh . then dia cakap pukul 4 turun balik berkumpul . masa tu aku kelip kelip mata . pukul 4 what ? sekarang pun dah nak dekat pukul 3.30 kod . tapi lantak ahh . yang penting bawak naik semua barang kat bilik dulu . ohh lupa bagi teka teki . korang taknak teka ke bilik aku tingkat berapa ? tingkat 8 k , tingkat 8 . okay , nasib baik lah bukan tingkat 9 *ayat penyedap hati je nie*

Lepas tu nak naik lif pulak satu hal . kena beratur k ! kau faham faham jelah , lif ada dua je kod . plus masuk dalam lif sekali dengan barang barang kod . mana tak lif tu asyik bunyi fully loaded . tapi lantak ahh tu . ku tabahkan hati , ku kentalkan semangat .wait , sedap pulak ayat aku yang nie *kembang hidung*

And finally , sampai lah aku ke R6 , tingkat 8 , rumah 07 , bilik C . so bacaan nombor bilik aku ialah R6807C . masuk bilik then , tadaaaaaaa . roommate aku orang Melaka . no comment pasal dia , just nice . dia okay je lah . tak terkejut mana pun bila tengok locker aku . and i’m wondering , locker nie kalau letak baju pun dah penuh . so how aku nak letak semua barang aku dalam locker ? *sigh*

Then Mak pun kemaskan apa yang patut . bukan apa , dia dah tahu anak dia yang comel nie perlu masa untuk berdikari . jadi sebab tu mula mula mak kemaskan sikit . okay , sikit je . tak semua , k memang tak puas hati . nak jugak simpankan suruh aku kemas . but nevermind . saya okay , saya dah besar .

Lepas tu turun bawah ada taklimat semua . masa tu family aku belom balik lagi . aku nampak lah muka Mak senyum bila nampak aku bercakap dengan orang orang sekeliling aku . k aku tahu , apa yang ada dalam kepala Mak masa tu . mesti Mak bangga aku dah pandai menyesuaikan diri *kembang hidung lagi besar* . ceh konon lahh , padahal tunggu orang tegur aku dulu . kalau tak , memang macam kera sumbang ahh aku kat situ .

then semua move to Komplex Kemudahan Angsana . waittt , kitorang bukan bergerak suka suka hati je tauu . but DALAM BARISAN . apa gelak gelak ? memang nampak macam pelarian PLKN tgh menjalani hukuman pun >< lepas tu ada taklimat bla bla bla bla bla . 6.30 pm , having dinner . then Maghrib . masa nie aku sempat jugak ahh spending time dengan Aina . dapat lepas ghindu k .

lepas isyak , k benci part nie . kitorang diseparate kan into 2 groups . yang tak sukanya , aku berpisah ngan Aina , once again :( then group aku move to Komplex Kemudahan Raflesia . kat sini buat bla bla bla bla . teramat panjang untuk disenaraikan . but part paling best ialah buat Tarian Si Tomi . nahhh , aku suka benda nie !

and almost 12 midnight , wait , dah lebih pukul 12 punn . kitorang punn bergerak untuk supper dan seterusnya balik ke bilik . conclusion for the day , EXTREMELY TIRED !


3 june 2013 - Day 2

4 in the morning . kringgggggggggggggggggggggg *alarm clock sounded* tahu kenapa kena bangun awal ? sebab pukul 5 dah kena berkumpul . i repeat , PUKUL 5 . bukan apa , sebab ada solat subuh berjemaah and kuliah subuh . 7.30 am , breakfast . then mula bergerak ke tempat panas . ohh yeahh , hari nie satu hari berpakaian sukan . jadi dah boleh teka tak aktiviti apa lepas nie ? yess , senamrobik . gila kau tak best , best senanya tahu . tapi yelah , for me everything seems bored if takde one of my starz . sadlife .

and at 10 am , kitorang move to Kompleks Kemudahan Raflesia untuk teruskan orientasi . ohhyeahh , korang taknak tanya ke mana group yang satu lagi tu ? untuk masa nie , diorang tengah mendaftar sebagai pelajar Asasi UiTM Puncak Alam . yess , registration . apak jealous aku ouhh , diorang tengah daftar kod . 12.30 pm , having lunch then solat zohor then balik semula ke KKR untuk taklimat pentaftaran . and , yes . finally . ada jugak taklimat pendaftaran . and this is only mean , kitorang akan mendaftar pada keesokan harinya . well then , yayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy *scream* 

tahu kenapa aku excited sangat untuk mendaftar ? sebab nanti taklah dikira sebagai pendatang haram . faham tak ? macam nie . yg registration masa Day 1 tu , tu just register untuk kolej , which mean tempat kediaman . ini bermakna yang aku belom officially pelajar asasi Uitm Puncak Alam lagi . and the most awaited registration is pendaftaran akademik . bila selesai this part , barulah aku bergelar sebagai mahasiswi Uitm kampus Puncak Alam .

then lepas solat Asar , kitorang having another senamrobik (this one sama je dgn yang pagi tadi) at padang jalan tar with all the siswi . siswa taktahu lah campak mana . dah agak agak nak malam tu , kitorang having dinner then solat Maghrib and Isyak . after that , queue up , once again , move to padang jalan tar tadi .

kat sini  , kitorang main tepuk tepuk macam macam jenis tepuk , main game karipap and macam macam lagi game . totally memang best and tak mengantuk langsung ! but yang tak bestnya bila aku duduk belakang sekali . yesss , belakang among yang terkebelakang . with my new friends , Adlina , Nabilah and Anis . so boleh bayang tak cemana perasaan kitorang masa tu ? ha'ahh , memang clear sangat ahh kann benda yang akak akak and abang abang PM tu cakap -.-

and next , macam Day 1 jugak lah , kitorang balik bilik pukul 12 lebih . and for sure , TIRED .


4 june 2013 - Day 3

heaven jugak ahh bila kitorang diarahkan untuk turun pukul 6.30 and solat subuh kat bilik masing masing . maybe sebab siswa dah masuk kod , so tak muat nak berjemaah ramai ramai . lepas breakfast , heading to KKA , registration !

kitorang diseparatekan into several groups . siswi wave aku B1-B4 plus siswa M1-M berapa tahh . sementara tunggu giliran (dia panggil group by group) akak and abang PM memeriahkan suasana .

registration . . . . .
ada 5 kaunter
A - borang perlu banyak pengesahan . so if tercicir , dapatkan pengesahan kat kaunter A . kalau takde , direct terus ke kaunter B
B - check fail hijau (fail peribadi yang diberi semasa taklimat pendaftaran)
C- borang KPT (borang elaun , dapat RM2500 untuk dua sem kod *chicken dance*)
D- serahan laporan kesihatan . 
E- final check , then letak fail dalam kotak yg berlabel initial letter nama masing masing .

then serahkan borang starter kit untuk dapat kann beg .
siswa - tie dan pen
siswi - tudung dan pen

x-ray , okay nie yg annoying gila . penat kod bawak benda tu sana sini , last last dia tak tengok punn . kau buat harta jelah dalam locker kau tu . tak punn pegy letak kat mana mana muzium . k , menyampah . 

tak lama tu dia panggil untuk ambik gambar untuk matrik kad , but , turn group aku tak sampai sampai kod . maybe besok sambung kod .

lunch . k nie yang dugaan . makanan habis ! kitorang punya lunch almost pukul 4 . okay . cabaran untuk perut tersayang . dinner , macam biasa beratur panjangggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg . tapi dinner pukul 7 , so kekenyangan masa lunch tadi tu masih terasa . then having solat maghrib and isyak .

next , taklimat pasal akta 174 . taktahu apa benda tu ? hahh kau google lahh sendiri .

11.10 pm , balik . yayyyyyyyyyyy ! awal gilaaaa *tarian si tomi*

5 june 2013 - Day 4

hari nie hari paling best . tahu kenapa ? sepanjang MDS , nie lah hari plaling jimat tenaga . mula dengan berkumpul pukul 6.30 am then breakfast on 7.30 am , then move to KKA . ada taklimat Hal Ehwal Islam by ustazah comel .

then lunch and solat zohot . lepas to di KKA lagi , we're having taklimat Hal Ehwal Pelajar . hari nie kitorang kena bawak pakaian sukan tauu . tapi masa petang tu , langit seakan akan faham perasaan kitorang , lalu guruh punn berbunyi . so lepas asar , kitorang menghabiskan masa dalam KKA sahaja dengan meluangkan masa bersama PMs .

and dinner macam biasa 6.30pm . then solat maghrib and isyak . then masih di KKA , ada taklimat .  taklimat keselamatan by pakcik polis .

then lagi . . . 11 lebih dah balik bilik . wieeeeeeeeeeeeeeeeeeeee .

6 june 2013 - Day 5

perasmian at KKR . dihadiri oleh orang orang besar dalam kampus tu . bosan , mengantuk , bla bla blaaa . tak terkira berapa kali aku tertido . 

then lunch , having solat zohor , masuk KKA untuk taklimat akademik . then having solat asar .

lepas asar , ada ceramah by ustazah comel . aku lupa nama dia . but one for sure , dia memang comel and rare gituu . shepiking tu takyah cakap ahh kann . terbaikkk . ceramah tu mengenai cabaran remaja masa kini , related to gejala sosial sekarang lah .

dinner lambat . solat maghrib dulu baru dinner . but menu dia okay lahh , nasi ayam . amik hati kod . then lepas solat isyak , semua siswa and siswi berkumpul kat padang kawad . alaaaa , padang jalan tar . baru tahu senanya tu nama dia padang kawad . k pity me . hahaha *gelak hambar*

and ,
PENUTUP MINGGU DESTINI SISWA . 
swear , memang terbaik . happy memang happy sebab dah bebas dari kem tahanan tentera . tapi sedih jugak ahh sebab nak berpisah ngan kakak kakak and abang abang PM yg dah banyak berjasa tu . ohhya , PM stand for Pemimpin Siswa k . buka Perdana Menteri . 

then dekat pukul 1 jugak baru balik bilik . 

-the end of minggu destini siswa-

p/s : sampai hari nie aku belom lagi amik gambar untuk matrik kad . taktahu lahh bila *sigh*



Anonymous Anonymous said...

Entry yg snggh menarik, boleh dikembangkan lagi bakat. Tapi sayangnya, garam dn gula dia tak cukup. Nasihat saya jangan berhenti memasak.

 
Blogger LILI SURAYA said...

terima kasih atas nasihat anda . tahun depan saya akan cuba nasib dalam masterchef selebriti .

 
Blogger Arina Azman said...

jemput join, dan promote kpd semua >> http://rawrmeansaranghaeyo.blogspot.com/2013/06/sticky-p0st-annyeong.html

 

Post a Comment