Cinderella Story
Le' Princessaa
have a blast !


i'm Mummy's little Snow White since 26th April 1995 and forever Daddy's little Cinderella ♥






Get a Glitter Calendar Click Here


Keep Calm and LILI






Older Posts | Newer Posts




Tagboard
Footprints here!

Just let me know your PRESENCE . so that i can VISIT yours ! NO harshword is ALLOWED Cheerioo



History
past stories . . . .


PENGANGGUR TERHORMAT
aktiviti masa lapang
Ramadhan & Syawal time dulu-dulu
Student's Life
a letter to Encik M
Radio Rebel ᵔᴥᵔ
♔ sahabat selamanya ♔
the one and only
my bornday 26 april :)


Advertisement
click below ▽ gracias !





backlink


FruitHearts
them them . i ♥ them












Road To Success



See the title post , korang ingat aku nak mengarang buku motivasi ke ? okay lebih kurang jugaklah . it’s actually lebih kepada entry of sharing some tips on how to study with an effective way . semua nie is based on pengalaman dan pembacaan aku sendiri serta nasihat daripada orang sekeliling aku . and for sure bukan aku copy 100% dari buku-buku motivasi yang dibeli di mana-mana MPH Bookstore ataupun Popular . tak main lah copy copy nie tau . no no no *gerak jari telunjuk*

First and foremost , cara belajar yang berkesan perlu bermula sebelum pembelajaran bermula . ehh , kau paham tak aku cakap nie ? maaf , ayat berbelit yang melampau . macam nie sebenarnya maksud aku . malam sebelum ke sekolah tu , korang prepare dulu apa yang nak belajar untuk lesson esok hari . focus kepada topic dan subtopic dia . maksud aku kat sini , bukannya korang kena memorize all the facts tentang lesson tu . korang just perlu BERKENALAN sahaja . BERKENALAN di sini aku maksudkan ialah cuba teroka topic tersebut . lebih baik jika disertakan dengan gambar rajah atau peta minta yang memberi gambaran awal tentang topic tu . ambik tahu definisi definisi bagi certain certain terminology yg korang tak pernah dengar . hal nie sedikit sebanyak dapat memudahkan pemahaman ketika sesi pengajaran dan pembelajaran .

The second part is semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung . INGAT ! sediakan satu buku nota peribadi . cara guna dia ? satgi aku bagitahu . yang penting , masuk kelas awal . ingat , kita yang nak menuntut ilmu .  jadi kenapa perlu cikgu yang tunggu kita ? sepatutnya , kita yang perlu tunggu cikgu . sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung , jangan ada sikit pun tergerak hati nak ponteng . nak ke toilet untuk buang apa yang patut tu , aku rasa tak perlu kod . bukanlah takboleh langsung . i mean , cuba tahan kalau boleh . ehh , korang tak rasa rugi ke ? cuba bayangkan perjalanan pergi ke tandas dan balik dari tandas memakan masa almost 5-7 minit jugakkan . tu tak campur lagi dengan proses pembuangan hasil kumbahan korang tu . mahu jugak lah sampai 5 minit . Nampak tak kat situ ? dah berapa lama masa terbuang macam tu je . cuba bayangkan if 10minit tu korang ada dalam kelas , berapa banyak dah ilmu yang dapat korang tadah dari cikgu . mesti ingat , pembelajaran yg kita belajar sendiri , atau disampaikan oleh rakan sekelas , penerimaan dia tak sama macam yang direct disampaikan oleh cikgu sendiri . fresh gituuu . sepanjang cikgu dok bebel bebel nak curah ilmu kat korang tu , apa je korang nak buat ? takkan nak nganga je kod then diselang-seli dengan menguap je . bosan , right ? so korang pun capailah buku nota peribadi korang tu , then take note semua yang cikgu terangkan . kalau boleh , each word yg keluar dari mulut cikgu tu pun kau hangkut semua salin sekali . bukan apa , cikgu bukannya astro yang korang bayar bil tetiap bulan then dok ulang benda yang sama . kesian lah sikit kat cikgu . bila korang catat apa yg cikgu sampaikan , at least korang boleh rujuk balik pada bila bila masa yang diperlukan . takdelah korang pergi mengadap muka cikgu tetiap hari mintak explain benda yang sama . sekali lagi , cikgu bukan astro !

And the last part – selepas pembelajaran . korang ingat benda yang korang belajar tu akan terus kekal dalam otak ke kalau tak dipraktikkan ? fyi , apa yang kita belajar akan perlahan-lahan hilang jika kita tak refresh balik dalam tempoh 8 jam selepas pengajaran . jadi , inilah guna the third part nie . refresh balik apa yang cikgu dah ajar . homework contohnya . ye , memang tahu ramai sangat merungut kalau cikgu mintak siapkan homework . korang tahu tak , homework tu sebenarnya dah membantu kita untuk refresh balik apa yang kita dah belajar . jadi , nampak tak apa point sebenar aku kat sini ? SIAPKAN HOMEWORK . bagi sesetengah subjek yg memerlukan korang untuk ingat gambar rajah , contohnya biology . korang boleh lukis balik gambar rajah tu dan disertakan dengan label . ulang sehingga 10 kali . part nie , korang boleh gunakan bantuan pen colour colour korang tu . you know , warna mampu membantu kita untuk mengingat . ehh , kau takpayah nak beralasan bagai cakap membazir kertas lah apa lah . korang boleh guna balik kertas-kertas yg recycle tu . nie tak , mentang-mentang exam pad baru beli , amik sehelai and silap tulis satu huruf je , dah terus kau campak dalam gaung . nampak tak kat situ mana yg lebih membazir ? bagi subjek-subjek yg memerlukan kaedah penghafalan , korang boleh guna je cara yang sama . yg bezanya tadi korang lukis banyak-banyak kali . and now , korang perlu cerita banyak-banyak kali . nak cerita kat sape ? ehh suka hati kau lah nak cerita kat sapa . biasanya student selalu cerita kat cermin and bercakap sengsorang . kalau korang rasa taknak dicop gila , korang bolehlah ceritakan pemahaman korang terhadap satu-satu topic tersebut kepada nenek , anak jiran , adik mahupun kucing peliharaan .

Here some extra tips for those who sitting for PMR and SPM . sekarang nie korang dah boleh mula beli buku koleksi soalan past year . lahai , apa salahnya keluarkan duit sikit . untuk kebaikan jugakkan ? mintak beli buku memang liat je nak keluarkan duit . tapi kalau nak beli topup , boleh nampak duit tu mengalir macam air Sungai Rajang je . bukan apa , kengkadang soala exam nie patern dia tak lari pun . just tukar situation , nombor , and benda je kod . silap haribulan , terus je keluar soalan yang sama sebijik sejibik dengan yang dah pernah keluar . that moment , mesti korang rasa rugi kalau tak beli kann ? ingat , menyesal sebelum terlambat .

So , nie je yang dapat aku share sikit sikit dengan korang . bagi yang dah tahu pasal nie , at least aku tolong ingatkan korang balik . sebenarnya , aku sangat liat and susah nak ikut semua benda yang aku tulis kat atas nie . ehh , memang tak lah . kau tahu , level kemalasan aku nie lagi tinggi dari Gunung Everest . and nie lah hasilnya setelah 2 tahun aku berada dalam kelas sains tulen .




And yang nie part paling penting . jaga hubungan kita antara manusia dan sesama makhluk . dan lagi satu , JAGA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH SWT . Dia yang menentukan destiny kita . jangan pernah penat untuk mintak pada Dia . Remember , USAHA TANPA DOA ITU SOMBONG . DAN DOA TANPA USAHA ITU BODOH . sekian .

Post a Comment