Cinderella Story
Le' Princessaa
have a blast !


i'm Mummy's little Snow White since 26th April 1995 and forever Daddy's little Cinderella ♥






Get a Glitter Calendar Click Here


Keep Calm and LILI






Older Posts | Newer Posts




Tagboard
Footprints here!

Just let me know your PRESENCE . so that i can VISIT yours ! NO harshword is ALLOWED Cheerioo



History
past stories . . . .


Road To Success
PENGANGGUR TERHORMAT
aktiviti masa lapang
Ramadhan & Syawal time dulu-dulu
Student's Life
a letter to Encik M
Radio Rebel ᵔᴥᵔ
♔ sahabat selamanya ♔
the one and only
my bornday 26 april :)


Advertisement
click below ▽ gracias !





backlink


FruitHearts
them them . i ♥ them












All I want for BIRTHDAY . . . . .
 tetiap tahun , memang hari ulangtahun birthday aku lah yg aku most awaited . bukan apa , jadi macam excited tau bila ramai-ramai wish "Happy Birthday" kat aku . pulak Mak ngan Ayah memang selalu bagi surprise bithday cake yang dah tak berapa nak surprise sangat sebab dah tetiap tahun akan faced dengan scene yang sama . ehh sape cakap aku tak excited ? since tulah paling aku excited tauu . dorang keluarkan  cake yang tetiap tahun different flavour , then nyanyi lagu happy birthday lepas tu tiup cake . even family aku just satu family kecik yang just terdiri daripada Ayah , Mak , aku , Pika and Ira , tapi that moment dorang buat aku rasa macam ada dalam family yg besar gedabak . okay okay , cukup part tacing . so now kau nampak takk the title post ? so *lagi* repekkkan aku kali nie 100% akan berkisarkan tentang the title post . 
lets start . . . . 

A collection of Cathy Doll products

kau nampak tak benda benda kat atas tu ? kepada para pada girls sekalian *tatabahasa failed* , aku tahu korang punn mesti adore gila baba kat benda tu kann ? dapat satu punn dah cukup buat aku rasa sayang nak guna . pulak kalau dapat satu collection , tersusun cantik pulak kat depan cermin bilik aku . memang tak ahh aku nak bagi orang lain sentuh even satu habuk pun hinggap . kalau nyamuk mintak izin nak lalu pun , aku nasihatkan agar cari highway lain . silap sentuh sikit Cathy Doll aku , boleh arwah mungkin .

kat mana aku kenal benda nie ? hmm macam nie cerita dia . sejak akhir-akhir nie , aku dah makin gila dengan shopping online . yelah mana taknya . bangun tido , then aku terus kejutkan Mr.LuffyLappy . pastu terus menghadap benda tu sampai aku mabuk . jimat tenaga senanya buat activity nie . takde lah berpeluh satu badan window shopping , tapi satu benda pun takde yang berkenan . then mana-mana benda comel yg agak-agak menarik perhatian aku , terus aku hangkut Mr.LuffyLappy bawak jumpa Mak .

“Mak , comel tak ? murah je”

Macam tu lah lebih kurang bunyi ayat bodek aku . lepas tu Mak pun mula ahh jeling-jeling manja . then aku repeat balik part “murah je” tu . yelah , kalau cakap mahal kang mati hidup balik Mak taknak belikan . silap silap aku pulak kena panggang kat situ , “Dah tahu mahal , asal gedik nak beli ?” . nah kau , tak ke hangus macam kek hangit nanti aku kat situ . tapi yang nie aku sedikit upset lah sebab tak dapat lagi . tahu kenapa ? sbb barang barang Cathy Doll nie kebanyakannya terdiri daripada benda yg aku jarang pakai . contohnya alat makeup . tak ke membazir kalau beli tak pakai ? kalau nak tahu , tulah one of habit buruk/teruk/kurang sopan dan yang seangkatan dengannya yang dah wujud sejak azali lagi dalam diri aku . aku tak berminat sangat nak guna pun , tapi hati aku akan rasa tenang kalau dapat tengok satu collection benda yang aku suka tu tersusun cantik dalam bilik aku . satu lagi advantage dia , kalau dapat je barang baru , automatic aku akan rajin kemas bilik . bukan apa , mesti tak berapa nak manis lah kann kalau barang barang comel ada dalam bilik aku yang macam kandang ghimau tu . so nampak kann benefit dia kat situ ?

pehal yang buat aku gila sangat kat benda alah nie ? one word , BENDA NIE COMEL GILAAAAAAAAAAAAAA ! err , four word actually . 



Candy Pants in variety colours
Cantikkan ? colourful gituu . benda nie memang dah lama aku nak cari . bukan apa , sebab aku tengok dah ramai orang pakai . comel pulak tu . lepas tu aku terfikir lah nak beli . tapi taktahu kat mana nak cari . pada mulanya , nama benda nie pun aku taktahu . so kalau nak online shopping pun susah . pada suatu hari *nada masuk pertandingan bercerita* , tengah syok aku ber-instagram-ing , secara tak sengaja ada satu follower follow aku . dia nie pulak memang jual macam-macam benda . dari kasut , dress , peplum , sampailah Candy Pants nie . since that moment , tahu lah aku bahawa nama dia nie Candy Pants .

Mula-mula tu ada jugak aku terfikir , biasanya pants yang comel comel macam nie mesti tak fit dengan aku . takde saiz . maklumlah , aku nie agak lebar sikit . apa , takpaham ? gemok , kau tahu gemok ? hahh tulah , aku nie kann gemok sikit . so aku pun macam agak frust lah sebab benda nie mesti aku tak dapat pakai . lepas tu stalk punya stalk , tak lama tu baru aku tahu . Candy Pants nie terjual dalam pelbagai saiz . dari saiz xs , sampai lah saiz xxl . harga di pun berpatutan jugak lah , just RM72 sehelai . aku pun apa lagi , terus order dua helai . masa tu aku berkenan dengan colour kuning and orange . so lepas dua hari , sampai lah kedua-duanya kat rumah aku .

And now , aku baru ada dua colour sebagai collection . and aku akan terus berharap akan dapat semua colour macam dalam gambar kat atas tu . tapi siapa je yg nak kasi benda macam nie kat aku ? hahh , terpaksa lah aku guna kuasa pujuk memujuk Mak lagi . ye dok gitu ?



Bunny Sweater
Yang nie paling aku adore tahap cipan . bukan , bukan suruh tengok korean girl tu . lahai , lain aku nak cakap lain yang kau sebok nak tengok . tu haaaaa , nampak tak sweater yang dia pakai ? haa , benda tu lah yang jadi idaman hati aku sekarang nie . kau nampak tak yg kat atas hood dia tu ? ada dua helai/keping/ any suitable penjodoh bilangan of telinga arnab , right ?  kau nampak tak tu ? mohon zoom sendiri kalau tak nampak . benda tulah yang buat aku macam terpanggil untuk dapat kann bunny sweater nie . dia ada 4 colour tak silap aku . tapi tahu lah kann , kalau dah mata aku lekat kat warna pink , memang tak ahh aku nak tengok yang lain .  jeling jeling pun aku rasa tak perlu . lagi satu yang buat aku rasa macam asyik lambai lambai je kat aku ialah big pink ribbon yg kat bawah tu . nampak tak ? alaa , yang besar gedabak tu . bapak comel ohh ! 

aku sebenarnya memang dah lama nak cari sweater . tapi aku taknak ahh yang biasa biasa . aku nie kalau aku nak beli benda , kena beli benda yang betul betul aku nak and berkenan . kalau tak , lepas dua tiga hari confirm benda benda tu cantik terbaring kat atas lantai bilik aku . tapi kalau benda tu aku betul betul berkenan , rasa sayang kat benda tu melebihi tinggi gunung everest . nak bagi adik aku sentuh punn memang tak . nie pulak nak sepah sepah letak atas lantai , hohoho *gaya santa claus* . MEMANG TAK AHH .

lepas nampak je benda nie kat facebook , terus aku bawak tunjuk Mak . lepas tu tahu lah kann , mata dia , jeling dia , dah macam satu warning je . tapi aku nie je yang buat buat tak reti bahasa . but then , lepas dua tiga hari tu , Mak ada tanya aku pasal harga benda nie . hahh , nampak tak kat situ ? aku rasa hati dia dah terbukak kod nak belikan benda jadah nie untuk aku . mwhehehehehehe *bunyi angry bird*


Little Cute Powerbank
tralalalalaa ~ aku tahu , mesti korang punn rebut rebut nak dapatkan benda nie satu kann ? mana taknya , dah comel gila babababa kod . selalu aku jumpa yang biasa je . kalau pink , satu body colour pink . kalau biru , satu body colour biru . tapi yang nie different nak mampus . bukan setakad warna dia comel , siap shape yang taktahan tu . memang orang gila je yang tengok benda nie then abaikan .

yang nie punn memang dah lama aku nak cari . maklumlah , smartphone sekarang nie nama je semakphongg , tapi battery dia macam apa je . 4 5 jam guna , terus low battery . tu yang buat aku rasa nak pakai nokia 3310 je tu . dah lah tahan lasak , battery punn tahan 2 3 hari . yang BabyBerry aku nie , kalau asyik aku BBM je , tak lama nanti memang nak kena bagi dia makan balik lah . kuat makan betul , obesiti nanti tahu lah kau .


so , nampak tak kat situ ? benda comel nie bukan setakat hiasan semata-mata . tapi juga berfungsi sebagai penyelamat . at least untuk long travel kann , satu hari tu aku rasa aku dah boleh free kann hotak aku dari fikir pasal battery BabyBerry nie . see , powerbank nie amat sangat dan terlalu berguna . tapi sekarang nie aku tengah ada conflik jiwa sikit . yelah , aku nie boleh dikatakan gila pink jugak . sampai baldi yang aku nak bawak masuk hostel time further study nanti punn aku beli warna pink . kalau sekali tengok , memang sah aku nak Bank Skitty yang pink colour tu . tapi masalahnya aku dah tengok gambar nie berulang-ulang kali . berjuta kali mungkin . so , otak aku nie dah macam terpikat pulak Bank Bear Rilakkuma yang beige in colour tu . and sampai sekarang aku belum decide lagi nak yang mana satu . dua dua punn comel . tapi aku taknak beli dua-dua , nanti wujud pulak hal pilih kasih . tak ke salah sekor powerbank nie akan merajuk ? lepas tu mulalah baru beli punn dah tak boleh guna sebabnya satu powerbank merajuk sebab aku pilih kasih . lahai , nie yang susah nie .


and the last one . . . . 

iPhone 5 !

tadaaaaaaaa ~
yang nie memang aku tahu bukan setakat aku sorang je yang gila kat benda nie , right ? kalau dapat , betul aku cakap memang aku dah tak jeling handphone lain . 

tahu asal aku punn turut tergilakan benda nie ? satu sebab body dia yang comel , kecik molek tu . dia tak macam semakphong yang lain tau . kalau yang nie , nak jawab call punn aku rasa tak segan . kalau nak compare dengan semakphong semakphong lain yang besar gedabak tu . cuba bayang , nak jawab call punn aku macam teragak-agak sebab rasa macam aku tengah letak PSP pulak kat tepi telinga . tapi iPhone 5 nie lain . kalau nak compare dengan iPhone 4 and iPhone 4s , aku rasa yang nie paling kecik and comel . so bila aku tengah guna , takde lah aku rasa macam letak PSP tepi telinga .

the second one is sebab casing untuk menatang nie bapak segala comelnya ohh ! aku nie rasa macam dah kembang kembang bijik mata je bila tengok casing casing iPhone . aku rasa macam nak beli je casing dia yang macam-macam bentuk tu , simpan untuk buat collection even aku takde punn iPhone 5 nie . kau nampak tak betapa comelnya casing casing dia nie ? 

but yang paling penting , aku still lagi tertanya tanya . . . .

''anak raja gila mana jelah yang sanggup nak hadiahkan aku benda nie ?''

HAHAHAHAHAHAHAHAHA , sadlife . anyway . aku rasa tak salah kod aku buat wishlist nie . tak salah menyimpan impian kann ? nie baru wishlist barang-barang yang wujud atas bumi . korang belum lagi tengok wishlist aku yang tak wujud atas muka bumi nie . confirm korang akan nonstop geleng kepala , muntah pelangi dan tergolek berirama mungkin kalau korang baca nanti . so , baik jangan bagi aku buat entry pelik pelik . sekian ~



Post a Comment