Cinderella Story
Le' Princessaa
have a blast !


i'm Mummy's little Snow White since 26th April 1995 and forever Daddy's little Cinderella ♥






Get a Glitter Calendar Click Here


Keep Calm and LILI






Older Posts | Newer Posts




Tagboard
Footprints here!

Just let me know your PRESENCE . so that i can VISIT yours ! NO harshword is ALLOWED Cheerioo



History
past stories . . . .


aktiviti masa lapang
Ramadhan & Syawal time dulu-dulu
Student's Life
a letter to Encik M
Radio Rebel ᵔᴥᵔ
♔ sahabat selamanya ♔
the one and only
my bornday 26 april :)


Advertisement
click below ▽ gracias !





backlink


FruitHearts
them them . i ♥ them












PENGANGGUR TERHORMAT

fuh fuhh *tiup habuk* berzaman-zaman aku tinggalkan blog , SPM punya pasal wehh . lebih kurang 1 , 2 , 3 , 4 *counting fingers* 26 kali perjalanan pergi balik dari Bumi ke planet Marikh maybe , aku tinggalkan benda nie . so bila dah selesai perang dunia kelima nie , aku pun memulakan langkah aku sebagai Penganggur Terhormat .

SPM last paper ialah pada 6 Disember 2012 . tapi disebabkan aku budak sains , paper aku last 27 November 2012 iaitu paper Biology . so kerja aku sebagai Penganggur Terhormat bermula seawal 28 November 2012 . cepat , kann ? yess memang . kerja nie memang amat susah bagi orang yang tak expert tapi amat senang dan mudah bagi yang dah professional macam aku nihh *tepuk dada* cewahh , kemain lagi bangga dia . ehh tak tak , tak riak . nanti tak pepasal ada yang datang then hempuk aku dengan pasu bunga Kristal made in Thailand pulak . hahh , berderai pasu tu kangg . kepala aku original , takpe . pasti tiada sebarang kecederaan .

Kerja sebagai Penganggur Terhormat nie tak pernah berhenti kau tahu . penat ? tidak bagi yang amat menyukai kerja ini . waktu kerjanya tiada permulaan namun akan berakhir sekiranya seseorang itu meletak jawatan . terasa bagai ada yang nak langgar aku laju-laju pakai Ferrari merah . k sabar sabar ., aku nak mulalah nie . rutin kerja Penganggur Terhormat nie meliputi pelbagai aspek . sebagai seorang Penganggur Terhormat , rutin kerjanya tidak hanya memfokuskan kepada beberapa bahagian sahaja . ehh kau perasan tak , dua ayat nie sebenarnya sama jea pun maksud tersurat dan tersirat dia . HIHI *muka annoying* okay okay , aku sambung *muka serius*

Sebagai seorang Penganggur Terhormat , jadual bangun paginya sangat tidak terhad . Penganggur Terhormat dibenarkan bangun pada awal pagi . Penganggur Terhormat juga diberi kelonggaran untuk bangun pada waktu tengah hari . namun , apabila azan Zohor berkumandang , dan Penganggur Terhormat juga masih belom sedarkan diri dari lena yang panjang , hal ini amat mencabar diri ibu-ibu kepada Penganggur Terhormat sekalian . mohon ibu-ibu menyiram Penganggur Terhormat sekalian dengan 3 baldi air panas yang bersuhu 114 darjah celcius , kemudian ditambah dengan 1 baldi air sejuk di bawah takat beku .

Penganggur Terhormat biasanya akan mengambil makanan pertamanya iaitu breakfast sebaik sahaja bangun dari tidur . mandi ? biasanya perkara tersebut dianggap remeh serta bakal ditolak ke tepi dahulu . yang penting , melantak dulu ! selesai melantak , maka bermulalah rutin kerja seorang Penganggur Terhormat .
Kerja-kerja yang dilakukan oleh Penganggur Terhormat merupakan kerja-kerja yang amat sukar dan susah untuk dilakukan oleh pekerja-pekerja lain . percayalah , hanya Penganggur Terhormat yang mampu menjalankan kerja ini kerana telah menjadi sebahagian daripada rutin kerja Penganggur Terhormat sekalian . kerja tersebut ialah MENONTON TELEVISYEN . susah bukan ? namun , Penganggur Terhormat sangat tabah melakukannya . see , Penganggur Terhormat memang berjiwa kental . sambil menonton televisyen tu , Penganggur Terhormat akan melakukan kerja-kerja sampingan seperti makan Twisties , BBM-ing , Whatsapp-ing , Twitting and even Facebooking , see , banyak tak banyak kerja-kerja yang Penganggur Terhormat lakukan dalam satu masa . Penganggur Terhormat memang tabah sebenarnya !

Bagi Penganggur Terhormat yang suka bergiat aktif , biasanya waktu siang mereka dipenuhi dengan aktiviti seperti shopping and hanging out with their buddies . takkan terpisah ! ehh , dah buat iklan free pulak kat sini . Penganggur Terhormat yang macam nie sememangnya harus dipuji , mengapakah ? ketika mereka bershopping , mereka telah melakukan pelaburan kepada tauke-tauke kedai . mereka sangat pemurah sebenarnya ! mereka sering membahagikan harta kekayaan mak bapak mereka kepada pengusaha-pengusaha Pizza Hut dan McDonald serta kepada peniaga Peplum dan Varsity .

Bagi sesetengah Penganggur Terhormat yang sedikit prihatin kepada warga emas dan orang-orang tua , tulang mereka diringankan sedikit untuk membantu ibu memasak serta menolong bapa mereka berkebun . Penganggur Terhormat sebegini harus dicontohi ! walau mereka berkerjaya sebagai Penganggur Terhormat , namun mereka tidak mengabaikan tanggungjawab mereka sebagai seorang anak . Alhamdulillah , sejuk perut ibu mengandungkan Penganggur Terhormat selama 9 bulan 10 hari dan bersalin di wad hospital yang beraircond *wipe tears* :’)

Pada waktu malam , rutin kerja Penganggur Terhormat masih berjalan seperti biasa . biasanya , selesai solat Maghrib , makan malam bersama family tersayang serta solat Isyak berjemaah , Penganggur Terhormat sekalian akan masuk ke dalam bilik masing-masing . hahh , jangan ingat dorang nak curi tulang masa kerja okay ! mereka sebenarnya menyambung rutin kerja mereka di dalam bilik . maka , lantas tangan Penganggur Terhormat pantas mencapai Macbook warna putih hadiah ulangtahun kelahiran mereka yang ke-114 , pemberian ikhlas daripada kedua orang tua mereka . Macbook dionkan , lantas cusor digerakkan kearah Google Chrome , double-click di situ . ehh , dorang bukan nak buat direct selling secara online tahu . pada masa ini , Penganggur Terhormat sedang menjalankan tugas di alam maya . setelah sign in Twitter , new tab akan dibuka lalu di sign in Facebook . new tab lagi untuk Youtube serta beberapa lagi new tab untuk web-web sampingan seperti Blog , Ask.fm serta Instagram . maka , mereka akan terus overtime sehingga ke lewat malam . atau mungkin sehingga Subuh hari seterusnya .

Waktu tidur Penganggur Terhormat amat tidak menentu . bergantung selama mana mereka overtime . kadang-kadang Penganggur Terhormat hanya tidur selepas solat Subuh . double wow ! kerja keras , kann ?

So ini lah serba sedikit rutin harian sebagai seorang Penganggur Terhormat yang dapat aku share dengan korang , korang dan korang . bagi mereka-mereka yang terfikir untuk menjadi seorang Penganggur Terhormat , aku sarankan agar korang jangan berfikir dua kali . tapi fikirlah berkali-kali kerana kerja sebagai seorang Penganggur Terhormat memang amat berisiko tinggi . ansuran nyawa pun takde tahu !

Maka berakhirlah post aku untuk kali ini . jika ada typo yang tidak disengaja , ku susun dua puluh jari kaki dan tangan memohon kemaafan . jika ada tatabahasa yang tunggang langgang , dari hujung rambut ke hujung kuku kaki ku memohon keampuanan . sekian .

p/s - gambar yang sesuai untuk post kali nie masih dalam pencarian . .

Post a Comment